RuangKreatif

         
                Tanggal 12/05/2055 telah ditakdirkan oleh ketentuan Illahi impian yang aku impikan selama 17 tahun telah aku kecapi dan aku telah berdiri di bumi ini. Bumi yang keseluruhannya bukan agama yang aku anuti, Islam. Bumi yang rata-ratanya dipenuhi dengan ciptaan Tuhan Yang Maha Kuasa yang mampu memukau mata-mata insan yang melihatnya. Aku berada di sini atas nama Maha Pemurah. Australia, aku sedang memijakmu.
                Aku meneruskan perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Perth ke Universiti Edith Cowan, tempat aku bertarung bersama buku-buku yang tebalnya seperti Kamus Dewan,bersama dua akhwat yang sudah lama menetap di sini dan sudahpun mendirikan baitul muslim.
 “Shera, akak nak beritahu Shera, sini – tempat ini bukan seperti di Hira’ atau di Malaysia. Disinilah ramai siswa dan siswi Melayu dan pemuda-pemudi Islam memurtadkan diri mereka. Di sini jugalah pade-paderi berdakyah di merata tempat. Akak nak ingatkan yang di sini medan kamu untuk berperang dengan beribu dugaan yang bakal kamu hadapi. Bersama kami.” Seorang senior berkata dengan panjang lebar sambil tersenyum. Perlahan dia mencapai tanganku dan memegang dengan erat. Aku dapat rasakan kekuatan tatkala dia mengatakan ‘kami’ sambil menuding jari ke arah sahabat-sahabatnya.
*   *  *
                Aku memulakan hariku dengan berjoging bersama seorang sahabat yang sempat mendapat tarbiyah bersamaku di Hira’. Sedang kami berlari di hadapan kawasan perumahan, kami melihat seorang tua bersama anjingnya memulakan larian di hadapan kami. Waktu  sedang menunjukkan pukul empat pagi dimana pastinya ramai umat manusia sedang diulit mimpi bersama bantal-bantal dan tilam yang empuk.
“ Enti, cuba tengok tu. Atuk tu sanggup bangun awal pagi semata untuk anjingnya tu. Kita umat Islam, takkanlah tak sanggup nak bangun untuk qiam? Ana ingat lagi ketika ana mengikuti satu program, fasi tu tanya siapa yang sudah bangun qiam pagi tu. Hanya segelintir sahaja, itu pun boleh dikira dengan sebelah tangan.” Sahabatku, Rheen mengeluh lalu beristighfar. Aku tidak terkejut dengan ceritanya. Memang ramai umat Islam masih meninggalkan qiam walaupun ia hanya sunat dilakukan.
                Kami berdua mengambil keputusan untuk mendiamkan diri hingga ke rumah. Kuliah pertama kami akan bermula pada tengahari. Rheen mengajakku bersiar-siar di King Botanical Park yang terletak di tengah bandar sambil menikmati ciptaan Illahi.
*  *  *
                Ketika menaiki bas, banyak mata memandang pelik terhadap kami yang memakai tudung labuh. Apatah lagi masyarakat sekarang yang sedang gempar dengan isu Islamophobia. Kami terpaksa menaiki tingkat kedua kerana tidak selesa dengan pandangan tajam yang ditujukan kea rah kami berdua. Di atas, kami menyaksikan beberapa orang tempatan yang sangat peramah dan suka bergaul dengan orang tua. Budaya tolong-menolong dan budi bahasa telah diterapkan dalam diri mereka sejak kecil.
                Benarlah kata- kata seorang ulama’,” Aku tidak melihat Muslim di negara Islam, tetapi aku melihat muslim di negara bukan majoriti Islam.”
                Setelah sampai, aku seperti tidak percaya dengan apa yang terbentang di depan mataku. Tasik berbentuk angsa dan flora di sekelilingnya memukau pandangan. Subhanallah…
                Tiba-tiba aku dan Rheen didatangi seorang kanak-kanak perempuan yang sedang mengagihkan risalah dakyah Kristian.
 “ Hai, aren’t you tired doing this by yourself?” Aku menegurnya.
 “No, because Pope says that I will go to heaven if I do it.” Dia tersenyum lalu berjalan meninggalkan kami.
 “ Murahnya syurga mereka.” Rheen bersuara. Aku menyikunya. Kami berjalan pulang kerana ingin singgah di kedai-kedai di sekitar.
*  *  *
 “ Ha, inilah kedainya!”
Aku dan Rheen melangkah masuk  dan disambut mesra oleh sepasang suami isteri yang berlainan warganegara. Mereka tidak kelihatan seperti muslim tetapi pasangan itu kerap menyebut ‘MashaAllah’ dan ‘Alhamdulillah’. Kami mengambil masa yang sekejap sahaja kerana tidak merasa selesa.
*  *  *
                Ketika di rumah, aku mencapai jadual kelas Rheen dan melihatnya sekilas. Kelas Rheen bermula lewat hari ini.
 “Syera, jom makan. Ana dah siap masak ni!” Laung Rheen dari dapur.
 “Okey!”

Kami makan sambil menonton televisyen yang sedang menyiarkan berita tentang seorang pelajar perempuan Muslim. Dia selalu menaiki bas ke university dan selalu duduk bersebelahan seorang nenek. Selepas peristiwa penembakan seorang polis Muslim yang terbunuh di hadapan sebuah masjid menjadi hangat , satu dunia menjadi gempar dengan mengatakan bahawa Islam ini pengganas. Apabila radio di dalam bas menyiarkan keganasan umat Islam, pelajar itu terus  berdiri dari tempatnya dan hanya berdiri memegang pemegang. Orang tua itu pelik dengan kerenahnya lalu bertanya sebab dia tidak mahu duduk bersamanya. Pelajar itu menjawab bahawa dia risau nenek itu akan takut kepadanya. Mendengar jawapannya, nenek itu tersenyum lalu mengambil tangannya sambil berkata,
“Don’t worry; I know you are a good Muslim. Please sit back down; I am not afraid at all. I will sit with you.”

Dalam perjalanan ke universiti, aku meminta pendapat Rheen tentang persitiwa yang diberitakan pagi tadi.
“ Satu berita yang baik dan reaksi yang baik daripada masyarakat Australia sendiri.” Jawabnya pendek. Aku mengangguk tanda setuju.
*  *  *
                Kelasku ditangguhkan. Aku mengambil keputusan untuk menunggu Rheen di bawah pokok yang rendang di sudut padang. Aku menghela nafas panjang sambil memandang sekeliling. Aku mengeluarkan al-Quran pemberian Ummi tercinta dan menyelaknya secara rawak. Dengan takdir Allah, aku berhenti pada satu ayat yang berbunyi:
“ Wahai orang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan carilah wasilah(jalan) untuk mendekatkan diri kepada-Nya dan berjihadlah(berjuanglah) di jalan-Nya,agar kamu beruntung.”

                Aku memandang langit dan teringat akan suasana di Hira’. Bi’ah solehah yang tidak boleh kulupakan. Aku mengenang kembali kata-kata masyhur,”Tidak boleh tidak, kita mesti mula dari bawah. Tidak boleh tidak, kita mesti membina peribadi”. Kata-kata yang sangat tepat. Pelajar senior menyampaikan, para murabbi membimbing. Terpulang kepada kita untuk mengubah diri ke arah lebih baik atau tidak. Tarbiyah bagi kami adalah sangat penting dan satu kemestian.

“Ha, buat apa tu?” Suara Rheen menyergah dan mengejutkanku dari lamunan. “Fikir apa, jauh betul.” Tambahnya.
“ Teringat Hira’.”
“ Syera, walaupun kita dah keluar, tanggungjawab kitalah untuk menjaga diri sendiri. Jangan fikir benda-benda negative, okey?”
“OK.”

Ya Allah, terima kasih di atas segala nikmat yang telah Engkau berikan. Tsabatkan diriku di atas jalan-Mu. Ameen.

Hasil nukilan : NIZ

________________________________________________________________________________________________
          
          " Abang Haiqal!"
Haiqal berpaling apabila namanya dipanggil.

          " Abang Haiqal kan?" Seorang pelajar Tingkatan Satu berada di hadapannya.

          " Siapa kau?" Selamba.
          " Saya Naim." Senyuman masih tidak lekang dari bibirnya.
          " Oh," Hanya sepatah dan berlalu pergi.

                                                                                                                 *                 *                *

Asyraf Haiqal seorang pelajar Tingkatan Lima di Sekolah Bintang juga dikenali sebagai senior yang sombong. Junior-junior hatta pelajar Tingkatan Empat sekalipun gerun terhadapnya.

          " Form Five lepas ni boleh kumpul!" Irsyad yang dikenali sebagai ketua pelajar memberi pengumuman kepada pelajar Tingkatan Lima.


          " Seperti yang semua maklum tentang 'Silent Ukhuwwah'..."


Haiqallah yang paling tidak berminat dengan apa yang dikatakan Irsyad. " Dalam banyak-banyak program, aku paling benci yang ni," Haiqal menuturkan perlahan.


          " Tahun ni ada sedikit perubahan. Siapa yang berjaya menjadi 'Best Bro' akan mendapat...ni," Jam tangan berjenama XX2 yang masih cantik di dalam kotaknya diangkat tinggi.


          " WOW," Ternyata ramai yang teruja termasuk Haiqal apabila melihat jam tangan yang bukan murah harganya. Jam tangan jenama ini menjadi idaman kepada majoriti pelajar di sekolah ini.


          " Siapa juri?"

          " Satu design ni je ke?"
          " Siapa sponsor?"
Bertubi-tubi soalan yang dilontarkan akibat terlebih teruja.

          " Jurinya saya sudah berbincang dengan beberapa pelajar Tingkatan Empat. 'Best Bro' boleh memilih designnya sendiri tanpa bayar sesen pun. Orang yang sponsor jam ini...err...adalah rahsia. Setuju?"


          " Setuju!"

          " Oh, dan lagi satu, jangan sesekali hebohkan kepada budak menengah bawah terutamanya Tingkatan Satu."

                                                                                                            *                 *                *


   Silent Ukhuwwah.

Satu program khas yang dimulakan oleh ketua pelajar tahun lepas, Imran Fatih. Motifnya ialah untuk merapatkan semula ukhuwwah di antara senior dan junior yang ketika itu seperti ada tembok besar yang menjadi penghalang untuk mereka beramah mesra. Tetapi hampa, pada tahun pertama menjalankan program ini, hampir semua pelajar Tingkatan Lima tidak memberikan kerjasam dan berasa bosan dengan apa yang Imran Fatih lakukan. Dia memberi pesanan kepada pelajar Tingkatan Empat untuk meneruskan program ini di masa hadapan. Dia berharap ukuwwah antara junior dan senior dapat diperbaiki.
   Melihat keputusan yang lepas tidak memberangsangkan, Irsyad telahpun memikirkan cara untuk menarik minat pelajar Tingkatan Lima pada tahun ini. Harapannya juga sama seperti Imran Fatih.
   Disebabkan Irsyad bersal daripada keluarga yang kaya, dia menggunakan barang berjenama sebagai umpan walaupun dia mengetahui yang majoriti pelajar terpesong niatnya kerana mahukan hadiah. Tetapi, Irsyad mahu lihat keputusan di akhirnya.
   Undian perlu dilakukan untuk menetukan siapa yang akan menjadi 'brother' masing-masing. Senior perlulah beramah mesra dengan 'brother'nya selama tiga bulan tanpa pengetahuan junior itu sendiri mengenai hal yang sebenar.
   Hanya pelajar Tingkatan Empat dan Lima mengetahui tentang kewujudan 'Silent Ukhuwwah' ini bagi mengelakkan salah faham.

   APA?! Budak annoying tu jadi 'brother' aku? Aku betul tak faham dengan budak yang terlebih mesra alam dengan aku tu... Dah lah tegur aku setiap hari, gila punya budak. Tak boleh, tak boleh. Aku mesti dapatkan jam XX2 tu juga! Berlakon pun jadilah.

   Sehelai kertas bersaiz kecil yang ditulis nama 'Naim Shauqi' dikonyok dan dibuang ke dalam tong sampah. Hati Haiqal benar-benar gelisah. Macam mana kalau budak tu terlebih mesra alam selama-lamanya? Hmm...Lepas aku menang, aku suruh jelah dia stop semua perangai dia tu. Biarlah sakit hati ke apa...Kisah apa aku? Hanya untuk XX2.

                                                                                                             *                 *                 *

                          Termasuk kali ini, sudah tiga kali Naim meletakkan sebiji gula-gula sebagai hadiah di atas meja Haiqal. Semenja Haiqal menegur dan memberikan senyuman plastik sehabis mungkin kepada Naim, hampir setiap hari Naim akan meletakkan sebiji gula-gula di atas meja Haiqal. Itulah kali pertama dan terakhir Haiqal menegur Naim terlebih dahulu keran selepas sahaja peristiwa itu, Naim yang akan mengejarnya dan memberi salam.

   Dahsyat punya budak.


   Haiqal cuba bersabar kerana dia benar-benar mahukan XX2. Ada kalanya dia memberi senyuman yang sedikit pun tidak ihlas dan mendengar celoteh Naim denagn mimik muka yang amat terpaksa dikawal.

   Tetapi, Naim terus-menerus melayan Haiqal walaupun dia dapat merasakan yang Haiqal hanyalah terpaksa. Kadang-kadang Naim ada juga tertanya-tanya apakah yang menjadi paksaan kepada Haiqal untuk terus melayannya. Dia tidak kisah semua itu dan hanya mersakan Haiqal ikhlas melayannya. Disebabkan inilah perasaan menyampah Haiqal kepada Naim semakin menebal.

   AAARRGH!!

Hatinya menjerit. Haiqal benar-benar tertekan. Tertekan dengan pelajarannya yang semakin merosot. Dimarahi dan dituduh malas oleh ibubapanya sendiri. Selepas itu, dipaksa pula belajar bersungguh-sungguh demi peperiksaan SPM yang akan berlangsung pada tahun ini.
   Buku di tangannya dihempas sekuat mungkin pada lantai musolla. Mujurlah ketika itu tiada sesiapa di musolla. Jika tidak, tentu dia akan menjadi jelingan ramai.

          " Abang Haiqal, tak baiklah hempas buku. Itukan ilmu," suara Naim lembut menegur Haiqal.


Dadanya terasa sesak. Ditambah sesak lagi apabila Naim datang menegurnya. "Dah kau ni kenapa nak sibuk hal aku?" Suara Haiqal agak keras.


          " Maaf, saya cuma nak gembirakan abang. Nampak macam stress je."

          " Gembirakan apa? Kau buat aku semakin sesak adalah." Suaranya semakin meninggi.
          " Saya...saya nak bagi hadiah,"
          " Hadiah apa? Gula-gula?" Nadanya sinis. Hatinya benar-benar panas.
Tiba-tiba, Naim memeluk Haiqal. Haiqal merasakan darahnya berderau dari muka. Naim masih lagi memeluknya. Ini memang tindakan berani mati bagi Naim.
   Tetapi, Haiqal terkedu. Terkejut. Terharu. Keikhlasan Naim dapat menyentuh hatinya. Segala tekanan dan kekusutan hati seperti hilang dibawa angin.

          " Abang Haiqal, uhibbukafillah." Senyuman diberikan. Haiqal tersentuh.

   Dengan perlahan, Naim meleraikan pelukannya. Mukanya berseri penuh keikhlasan. Haiqal masih terpana. Perlahan-lahan dia kembali ke dunia nyata.

          " Aku bagi layanan plastik habis, terpaksa berlakon dan melayan kau untuk aku dapat apa yang aku nak. Tapi, asal kau baik sangat layan aku?"


          " Sebab...abang, abang saya. Abang sendiri yang cakap."


   Haiqal terdiam. Naim Shauqi. Dia cuba ingat kembali. Terlintas di hatinya bahawa nama itu pernah didengarinya. Perlahan-lahan, zaman silamnya kembali menerjah ke dalam fikiran.


                                                                                                                 *                *                *


   Hari ini hari pertama persekolahan bagi sekolah rendah. Haiqal ditugaskan untuk mengawal dan membantu apa-apa yang patut mengenai murid darjah satu. Haiqal menghampiri seorang murid  yang dari tadi asyik mendiamkan diri.


          " Nama apa?"

          " Naim."
          " Nama penuh."
          " Naim Shauqi."
          " Kenapa sorang-sorang je?"
          " Tak ada kawan."
          " Alolo...Kesiannya dia. Biar abang jelah jadi kawan awak. Lagi satu, abang nak panggil awak Uqi, boleh?"
          " Uqi?" Nadanya agak terkejut.
          " Kenapa? Uqi comel apa." Ketawanya memecah suasana.

   Dengan teragak-agak, Naim, atau Uqi, mengangguk perlahan.


                                                                         *                 *                *


   Uqi bersendirian di dalam kelas sedangkan murid yang lain sedang enak menjamu selera di kantin. Tanpa sedar, air matanya mengalir.


          " Uqi?" Kebetulan Haiqal yang lalu di hadapan kelasnya ternampak Uqi yang sedang menangis. Esakannya semakin kuat. Dia menangis semahunya.


          " Kenapa Uqi menagis?" Haiqal sudahpun berada di sisinya dan cuba memujuknya.

          " Uqi rindu abang Uqi," suaranya tersekat-sekat.
          " Abang Uqi kat mana?"
          " Abang Uqi dah tak ada."
   Tiba-tiba, tubuh kecil Uqi dipeluk erat penuh kasih sayang. Pelukan hangat itu seperti pelukan abangnya sendiri.
  
          " Uqi jangan sedih, abang Uqi kat syurga. Tengah tunggu Uqi."
   Uqi merasakan Haiqal mirip dengan abangnya. Perasaannya sama.
          " Abang Haiqal pun abang Uqi juga." Haiqal meleraikan pelukannya dan mengusap kepala Uqi. "Uqi jangan menangis lagi. Uqi doalah banyak-banyak untuk abang Uqi." Haiqal mengesat air mata Uqi. Uqi pun berhenti menangis.

          " Abang Uqi sahaja yang panggil Uqi, Uqi. Abang Haiqal pun panggil Uqi. Jadi Abang Haiqal pun abang Uqi jugalah kan?" Haiqal tersenyum. " Abang Haiqal, terima kasih sebab jadi abang Uqi."


                                                                                                             *                  *                 *


   Dahulu, Haiqal bukanlah seorang yang sobong, tetapi serorang yang peramah dan ceria. Semenjak memasuki alam sekolah menengah, sikapnya berubah menjadi seorang yang sombong dan panas baran. Haiqal sering tertekan disebabkan ibubapanya memaksanya supaya belajar, belajar dan belajar. Keputusan UPSR Haiqal tidak terlalu cemerlang seperti murid-murid yang lain. Haiqal merasakan dirinya telahpun berusaha tetapi ibubapanya menafikannya. Tidak cukup dengan itu, dikatanya pula pemalas dan sombong. Hati Haiqal sakit dikatakan begitu oleh ibubapanya sendiri.


                                                                                                            *                  *                  *


   Suasana di dewan tingkatan Lima  gamat dengan tepukan gemuruh. Haiqal terpana. Bagaimana dia boleh menjadi 'Best Bro' sedangkan selama ini Naimlah yang lebih mesra dengannya. Bukannya dia sendiri.


          " Irsyad, macamana aku boleh menang?"

          " Juri ada kata yang Naim rapat dengan kau. Bila ditanya, kau sebenarnya baik. Selalu tolong waktu dia susah. Dia pun kata dia anggap kau macam abang dia sendiri. Haiqal, serius? Itu kau? Aku pun tak percaya sebenarnya. Tetapi, disebabkan Naim, terima jelah."
   Haiqal hanya tersenyum. Kalau macam itu, betullah itu aku. Tetapi, itu hanya aku yang dulu. Naim cerita pasal aku yang dulu. Bukan yang sekarang.

       

          " Nah," jam XX2 berwarna hitam merah yang masih cantik di dalam kotaknya dihulurkan kepada Naim.

          " Serius? Mahal ni!"

          " Seriuslah. Tak nak sudah."
          " Terima kasih Abang Haiqal."
          " Huh. Patutnya abang yang berterima kasih. Terima kasih-"
          " -Uqi," Naim memotong. Ketawa mereka berderai.


   Alhamdulillah, selepas berakhirnya Silent Ukhuwwah, pelajar Tingkatan Lima mula bergaul dengan junior mereka. Memang pada mulanya mereka 'berukhuwwah' kerana mengingkan ganjaran, tetapi setelah berkenalan dan beramah mesra, persaan ikhlas mula berputik di hati masing-masing. Mereka sudah dapat merasakan kemanisan ukhuwwah itu sendiri. Ukhuwwah bukannya terbatas pada umur, tetapi apabila dua insan yang berukhuwwah ikhlas kerana Allah.


                                                                   * TAMAT *


#Hasil nukilan MNM




___________________________________________________________________________________________


Pemenang Pertandingan Cerpen Sempena bulan Muharram


"weh lepak rumah aku petang ni tau."

" ok set. siapa lagi?"
"ajaklah geng kita."

Lagu Payphone-Maroon 5 berdentum di speaker bilik studio milik Amir. Diikuti dengan lagu Demons-Imagine Dragon. Mereka berlima bergelak tawa tanpa henti. Amir terus lupa akan segala masalahnya.



Amir melihat kalendar yang tertampal di dinding biliknya. Esok merupakan hari lahirnya yang ke-15. Dia merenung ke luar tingkap pula. Kelihatan pemandangan air pancut yang cantik dari tingkap biliknya. Villa mewah itu mempunyai enam orang penghuni sahaja. Mama dan papanya jarang berada di rumah sejak kebelakangan ini. Tinggallah Amir seorang di dalam villa itu bersama seorang pemandu, orang gajinya dan juga tukang kebun.  Oleh kerana itu, dia sering mengajak rakan-rakannya untuk datang ke rumahnya. Hanya dengan cara itu sahaja, dia dapat menghilangkan kesunyian dalam hatinya. Amir menghela nafas kasar.
Teringat kembali…

“ Papa nyanyilah lagu yang Amir suka tu. Nak dengar.” Amir membuat muka comel.
“ ok. Jom nyanyi sama-sama!”

                Papanya mencapai gitar yang tersandar di dinding. Perlahan-lahan dia memetik gitar itu sambil menutup matanya. Menghayati lagu itu bersama anak tunggalnya. Suaranya yang merdu cukup sempurna untuk menyanyikan lagu ‘ You Are My Sunshine’. Amir disebelah tersenyum bahagia. Mengangguk-angguk kepalanya mengikut rentak muzik itu sambil tangan kecilnya memegang hujung baju si ayah.

                                Keesokannya, Amir pulang dari sekolah dijemput oleh pemandu. Sesampai sahaja dia di rumah,


Dia terus naik ke bilik dan menukar baju. Kemudian dia turun ke dapur lantas membuka tudung saji.
“Bosanlah setiap hari sama je menunya..”
                
Hilang seleranya untuk makan tengahari. Azan zuhur berkumandang. Dia naik ke atas untuk menunaikan kewajipannya itu.

                Sewaktu malam, seperti biasa mama dan papanya tidak pulang ke rumah. Asyik dia menonton 
televisyen, tiba-tiba loceng rumahnya berbunyi. Dia bingkas bangun dan segera membuka pintu. Tiba-tiba…

“Happy Birthday!”

                Muka-muka teman karibnya dan beberapa orang lagi terpancul di muka pintu. Hadiah dan belon di tangan masing-masing. Perasaan Amir bercampur baur. Bahagia, gembira dan terharu. Dia merasakan dia kembali ke zaman kanak-kanak.

“Siapa yang rancang semua ni?” Amir bertanya pelik.
“Mama dan papa kaulah! Mana diorang? Diorang yang sepatutnya bawa balik kek.” Aiman menjawab.

                Amir terkejut. Tidak sangka mama dan papanya masih mengingati hari lahirnya. Tiba-tiba telefon rumah berdering. Dia mengangkatnya.

“Ini rumah dato Fuad dan datin Naimah?”
“Ya. Ini anak dia.”
“Adik diharap bersabar dan redha dengan ketentuan Allah.”
“kenapa?! Apa yang terjadi?” Amir tertanya-tanya. Cemas.
“Mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya dan meniggal ditempat kejadian.”

                Amir terduduk dan menangis semahu-mahunya. Tidak disangka, hari yang menggembirakannya menjadi hari yang paling menyedihkan untuknya.

Di rumah Permata Indah,
                Asyik dia menyusun baju di lokernya, datang seorang remaja lelaki.

“hai,awak Amir kan?”
“kenapa?!”
“selamat datang ke rumah Permata Indah. Nama abang, Uwais.” Uwais menghulurkan tangannya dengan senyuman manis. Amir memandang sekilas dan berlalu pergi tanpa menyambut huluran tangan itu.

Amir memasukkan ipod-nya kedalam poket baju. Barang larangan itu disorokkan dengan penuh berhati-hati. Muzik dan dirinya tidak dapat dipisahkan. Dia berjalan di belakang koridor asrama sambil mendengarkan lagu Grenade-Bruno Mars. Tiba-tiba dua orang lelaki yang berbadan sasa menahannya. Salah seorang daripada merampas ipod itu dengan kasar.

“oh,budak kaya rupanya.” Kata salah seorang daripada mereka disambung dengan gelak tawa.
“mesti banyak duit kan? Sini dompet!” seorang lagi berkata.
“Amir menggeleng dan cuba merampas kembali ipodnya.
“ok,nak lawan ke?” mereka berdua gelak lagi.
“hahaha, ada hati nak lawan kita. Kau ingat kau siapa?!”
“bagilah balik ipod aku!” amir geram dan mengetap bibirnya.
“hish, harap je kaya tapi menumpang rumah anak yatim.” Kata mereka lagi.

Dengan perasaan marah yang memuncak, Amir mengepal penumbuknya dan terjadilah pergaduhan besar di antara mereka.

Di blik pengetua rumah Permata Indah, Amir dan dua orang lelaki duduk di hadapan meja pengetua. Hanya Amir yang dikenakan tindakan kerana dia yang memulakan pergaduhan itu. Tiba-tiba…

“ayah Azman, Amir tidak bersalah.”
Amir menoleh ke arah suara itu. Uwais di muka pintu tersenyum kepadanya.
“ apa yang kamu cakapkan Uwais?” ayah Azman bertanya.
“Epul dan Jai yang mulakan dulu.” Uwais menerangkan segalanya yang berlaku di hadapan matanya tadi.
“ kenapa back up aku? Aku nak keluar daripada sini! Aku tak nak duduk sini!”
Amir menengking Uwais sebaik sahaja mereka keluar daripada bilik pengetua.
“abang tahu kamu tak bersalah. Abang hanya nak pertahankan kamu je” Uwais senyum tenang.
“aku tak perlu semua tu! Aku nak keluar dari sini!”
“kamu sebenarnya bukan macam ni kan?”
Amir terdiam. Dia berlalu dengan jelingan tajam.

Amir merenung gitar di tangannya.gitar pemberian mama dan papannya semasa hari jadinya yang lepas.

“mama…papa… Amir rindu mama dan papa!” hampir setiap hari dia menangis mengenangkan kedua orang tuanya. ‘Kenapa sekarang baru aku sedar mama dan papa sayangkan aku? Kenapa selama ini aku buruk sangka?’ Amir mengesat air matanya dam mengambil gitar itu. Dia pergi ke bilik muzik yang tidak jauh dengan asrama lelaki. Sebelum melangkah masuk, tiba-tiba…

“ You are my Sunshine,
My only Sunshine~”

                Amir terkedu. Suara itu mirip suara arwah ayahnya! Setelah lagu itu habis, baru dia masuk kedalam bilik muzik itu.rupanya abang Uwais yang menyanyikan lagu itu dengan gitar ditangannya.

“Amir,sejak bila di sini?” Uwais bertanya.
“baru je.. nyanyi lagu apa tadi?”
“oh,nyanyi lagu favourite abang,’you are My Sunshine’ tahu ke?”
“tahulah sikit.”
“main gitar eh.” Uwais meleret pada gitar ditangannya. Amir mengangguk.
“aku pergi dululah.”
“Assalamualaikum”
“Waalaikumussalam.” Amir menjawab teragak-agak.
Malam itu,
“Amir,jaga diri. Jangan nakal-nakal. Hargailah orang yang menyayangi kamu selagi mereka masih ada. Jangan sia-siakan mereka.” Kata mamanya tersenyum sambil melambaikan tangan kearahnya dalam pakaian serba putih.
“Jangan lupa sentiasa doakan kami.” Papanya pula berkata juga dalam pakaian serba putih.
“Mama! Papa!” jerit Amir terbangun dari tidurnya. Peluh membasahi dahi dan mukanya.
“Astaghfirullah..” Amir bingkas bangun. Tiba-tiba dia teringat pesanan mamanya.
“ Hargailah orang yang menyayangi kamu sehingga mereka masih ada. Jangan sia-siakan mereka.” Lantas dia teringatkan abang Uwais.

Setelah sarapan,
“abang Uwais!” Uwais menoleh.
“ ya,Amir.”
“jom nyanyi lagu ‘you are my Sunshine’!”
“abang Uwais, kenapa abang Uwais tanya sebenarnya saya bukan begini?” Tanya Amir.
“ sebab abang faham.”
“abang faham apa yang kamu rasa. Abang pun macam kamu dulu. Abang rasa mak abah abang tak sayangkan abang. Rupanya tak. Diorang cuma tak tunjukkan kasih sayang mereka. Abang yang buruk sangka.”
Mereka berdua terdiam.
“tapi Amir rasa ini semua salah Amir. Kalau tak sebab mereka belikan kek untuk Amir, semua ini pasti tak akan berlaku.”
“Amir, ini semua ketentuan Allah. Ajal maut di tangan Allah. Kita tak boleh buat apa-apa. Allah lebih sayangkan mereka.”
“Amir merasa menyesal sebab selama ini Amir hanya bersangka buruk. Sebelum ayah Amir dinaikkan pangkat, kitorang selalu makan sama-sama, solat jemaah, tengok tv sama-sama. Tapi sekarang tak. Amir bersangka buruk. Amir banyak kurang ajar dengan mama dan papa sebab diorang dah tak kesah fasal Amir. Amir banyak sakitkan hati mereka.” Amir menceritakan kepada Uwais disertai dengan tangisan.
“takpelah. Mungkin Allah nak bagi petunjuk kepada Amir supaya Amir berubah. Apatah lagi Muharram dah nak dekat.”

                Mereka berjabat tangan atas ukhuwwah yang terjalin antara mereka. Sejak hari itu, Amir mendapat semangat baru. Setiap hari Uwais akan mengejutkan Amir untuk qiam. Hari berganti hari, bulan berganti bulan, akhirnya Amir berasa gembira berada di RPI (Rumah permata Indah). Setiap malam dia akan mendoakan mama dan papanya. Dalam diam dia bahagia kerana abang Uwais sentiasa bersamanya walau sejahat manapun dia.
Sedang mereka beriadhah, tiba-tiba Uwais bersuara,

“Amir, tempoh abang duduk di sini dah nak habis.” Amir hanya mendengar.
“Amir jangan lupa jaga diri dan sentiasa ingat Allah. Yang paling penting, jangan lupakan abang yang hensem ini,okey?”
“okey.” Amir menjawab perlahan. Perlahan-lahan air matanya menitis.

                Beberapa hari selepas itu, dia sedang mengemas biliknya, tiba-tiba dia terjumpa sekeping kad yang sangat cantik di bawah katilnya.

Amir,

Sudah tiba masanya abang melangkah ke dunia reality. Amir, pertama kali abang berjumpa Amir, abang tahu kamu seorang yang sangat baik. Abang faham perasaan Amir. Abang tahu Amir berasa bersalah atas apa yang terjadi. Tapi kita mesti ingat bahawa setiap apa yang berlaku mesti ada hikmahnya. Kalau semua itu tak berlaku, Amir tak akan tahu bahawa mereka sayangkan Amir. Amir juga tak akan jumpa abang yang suara sedap ni. ><

Amir,

Sempena dengan bulan Muharram ini, jangan lupa niatkan diri kita untuk berubah. Walau sbaik mana pun kita, kita kena sentiasa berubak ke arah yang lebih baik. Ingatlah, hijrah memerlukan pengorbanan dan dalam proses perubahan itu, pelbagai ujian akan datang dan hanya orang yang kuat sahaja yang akan bertahan.

p/s: tengok bawah katil. Jaga elok-elok ye! ><

salam sayang,
Uwais
                Amir tunduk melihat bawah katilnya mencapai benda yang sangat dikenalinya iaitu gitar Uwais. Dia memeluk gitar itu. Hatinya tenang. Ya, hijrah perlukan pengorbanan. Tanpa abang Uwais dia yakin dia mampu.

                10 tahun kemudian, konsertMahabbah IFIM. Fm.
Amir melangkah naik ke atas pentas. Kemudian dia menarik nafas. Perlahan-lahan dia memetik gitar pemberian Uwais itu. Dia menyanyikan lagu hasil nukilannya itu.

Kau penuh dengan penuh kepayahan keperitan
Kau penuh dengan ujian kepada manusia yang menginginkanmu
Perlu ada ketabahan hati yang kuat
Perlu ada tembok yang dipagar dengan keimanan juga ketaqwaan

Hijrah,
Terlalu payah untuk aku mendapatkanmu,

Hijrah,
Terlalu sukar untuk aku melaluimu
Sering kali aku lalai tika aku hamper melaluimu
Sering kali aku terjatuh tika mulai aku mendapatkanmu

Hijrah,
Begitu peritnya engkau
Berkali-kali aku cuba mendapatkan akhir aku tewas jua
Hanya dengan mainan nafsuku sendiri

               Dewan itu gamat dengan tepukan para penonton. Semua penonton berasa terhibur dengan persembahan Amir termasuklah Uwais dibarisan hadapan penonton.

karya:- I.R & SAR  

0 comments:

Post a Comment