8.30.2015

Benar kita merdeka?

Bismillahirrahmanirrahim



Assalamualaikum,
Alhamdulillah setelah sekian lama blog ini tidak di update, maka pada hari ini kami mengambil kesempatan untuk menceriakan semula blog ini. (Bz skema gila) 

HAPPY 58TH YEARS OF INDEPENDENCE DAY!

Okay, kita santai-santai je. So, title kita pada harini cukup hangat untuk diperbincangkan. Persoalan ana kepada antunna semua, faham tak erti kemerdekaan ini? Atau hanya menjadi buah mulut kita sahaja? Merdeka ni, kalau nak dikatakan macam bebas lah. Dan ianya bukan bebas dari penjajah je, tapi bebas dari penghambaan kita terhadapa semua benda pun. Maknanya, kita sekarang ni tak bebas lagi sebenarnya. Ingat tak tema EDI kita tahun ni? Ghazwatul fikr, serangan pemikiran. Haa, kita ni sekarang tengah hangat diserang pemikiran tanpa kita sedar. Even sekarang pon, seriously. Antunna faham kan serangan pemikiran ni? Yang 5F & 5S tu. Okaylah, for an example, facebook, instagram, twitter and so on ni sebenarnya alat peperangan untuk fikiran kita. Serangan secara halus sebab kita ni kalau kita berpegang teguh pada al-quran, memang susah nak di serang. Tapi sekarang, even penghafal al-quran dengar lagu 5SOS. (SOZ) 

Sooooo, nak kata sekarang ni kita merdeka ke tak? Hmm, tak kot. Selagi kita menjadi hamba kepada segala apapun selain daripada Allah, kita TIDAK MERDEKA. Frankly speaking, KITA TIDAK MERDEKA. Jadi, budak hira' sekalian ayuh kita sama-sama fikirkan, HAYYA NUFAKKIR! Muhasabah, berapa lama lagi nak jadi hamba pada benda duniawi lagi fana ni? Kita sedar ada syurga dan neraka, tapi... Yes, susah kan? 

Cadangan ana, berdasarkan ayat quran yang biasa kita dengar, surah adz-dzariyat.


(55). وَذَكِّرْ فَإِنَّ الذِّكْرَىٰ تَنْفَعُ الْمُؤْمِنِينَ
Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfa`at bagi orang-orang yang beriman.

Okay, ayat ni command benaq bagi kita budak hira', kan? Tapi sejauh mana kita amalkan? Kalau semua saling ingat-memperingatkan, CONFIRM sifar kes disiplin kat sekolah kita ni kan? Pergh, bahang. Salah satu cabang dari peringatan a.k.a tazkirah ni melalui blog ini sendiri. Jadi, moga dengan post kami, media hira' pada hari ini akan menimbulkan walau sedikit pun rasa keinsafan dalam diri kita. Akhir kalam, ayuh merdekakan diri kita! #sehatisejiwa

MOGA ALLAH REDHA