4.04.2015

Apa?? E.D.I??






 Ahaa..Event yang paling dinanti-nantikan...EDI
Di Hira' ni, EDI akan diadakan setiap tahun menjelang HAG..jap, jap. EDI? HAG? Apakah?

EDI a.k.a Ekspo Dunia Islam adalah satu program yang mendedahkan info yang lebih mendalam tentang dunia Islam kepada pelajar. 

Jika EDI, mesti ada pameran. Tak sah takde. Sah ada. Pameranlah yang paling pelajar nantikan (okey, tak semua) sebab hasil titik peluh dan perahan otak sumbangan ahli EDI dan para murabbi, terhasillah satu pameran yang...tak boleh cakap betapa hebatnya. Fuhh.

Tapi kena tunggu Hari.Anugerah.Gemilang lah. Sabaq, sabaq. Lagi dua minggu ja.

Dan hasil perahan otak ahli EDI dan para murabbi juga, muncullah tema EDI tahun ini; "Ghazwatul Fikr: Merdekakah kita?" yang insyaAllah akan mendedahkan kepada para pelajar tentang apa yang melanda umat Islam sekarang ni. Ghazwah Fikr la. Iaitu satu serangan pemikiran terhadap umat Islam. Terutama pemuda-pemudi macam kita ni. Banyak sungguh perancangan musuh Islam untuk menjatuhkan Islam. Macamana? Dengan menjatuhkan bakal pemimpin Islam. Kitalah tu. *lap peluh*

Jadi, la budda, kita mesti tahu apakah ghazwatul fikr ni sebenaqnya. Apa jenis serangannya? Apa kesannya? Macam mana kita boleh elak? Walaupun pahit, tetapi ia adalah suatu yang mesti untuk kita tegakkan balik deen kita ni.

Dan sebab itulah ahli EDI menetapkan tiga objektif sempena EDI tahun ini.
1)  Cakna dengan anasir- anasir yang merosakkan Islam
2) Membina pemikiran yang as-solah (unggul)
3) Mengikis pemikiran yang merosakkan Islam

Jadi, dengan objektif-objektif ini, pihak EDI berharap agar kita sama-sama cakna dengan ghazwatul fikr yang kita hadapi sekarang ni.

"Kebenaran yang tidak terancang akan dikalahkan oleh kebatilan yang dirancang."

Wallahua'lam. Jazakumullahu khairan kathira.