3.17.2015

Kisah Ais Krim..



 Pada satu hari, seorang kanak-kanak masuk ke dalam restoran yang sangat terkenal dan mahal. Dia masuk seorang diri dan memakai pakaian biasa-biasa saja, tak seperti kanak-kanak lain yang memakai pakaian cantik dan mewah. Kanak-kanak itu duduk di salah satu kerusi lalu mengangkat tangannya untuk memanggil salah satu pelayan.

  Seorang pelayan menghampiri anak kecil itu lalu memberikan buku menu. Pelayan tersebut agak hairan, mengapa anak kecil tu berani masuk ke dalam restoran yang mahal padahal dari penampilannya, pelayan itu tidak yakin bahawa anak kecil tu mampu membayar makanan yang dipesan.

  "Berapa harga ais krim yang ada sos strawberi dan coklat?" Tanya kanak-kanak itu.


  Pelayan itu menjawab, "Lima puluh ringgit."

   Kanak-kanak itu memasukkan tangannya ke dalam poket seluar lalu mengeluarkan beberapa syiling dan mengiranya. Dia kembali bertanya, "Kalau ais krim yang tiada sos strawberi dan coklat?"

"RM25." Pelayan itu mengerutkan dahi.

  Sekali lagi kanak-kanak itu mengeluarkan syiling dari poket lalu mengiranya.
" Kalau saya pesan separuh ais krim tanpa sos strawberi dan coklat?"

  "RM10!" Getus si pelayan. Kanak-kanak itu tersenyum.

  "Kalau macam tu, saya pesan yang itu sahaja. Terima kasih." Pelayan mengangkat kaki ke dapur dan memesan ais krim. Setelah beberapa minit, dia kembali dengan membawa ais krim yang dipesan. Kanak-kanak itu kelihatan gembira lalu menikmati ais krim yang sedikit itu dengan sukacita. Si pelayan datang kembali membawa bil.

  "RM10, kan?" Tanya kanak-kanak itu lalu memberi segenggam duit syiling kepada pelayan itu. Wajah pelayan itu berubah kerana perlu mengira syiling-syiling tersebut. Tidak lama selepas itu, si kanak-kanak itu mengeluarkan sehelai RM50 not dari poketnya. "Ini tip untuk abang." Ujar kanak-kanak itu dan menyerahkannya kepada si pelayan.

3.14.2015

Cuti : Masih Istiqamahkah Kita??Hmmm..


  *shiuuuuhhh...poww*
 Bunga api meletup. Dunia sungguh indah, terasa bebas. Itulah emosi kita apabila cuti sekolah tiba. Semua orang "YES! Home, here I come!".

Tetapi, adakah kita patut gembira sepenuhnya? Ye, memanglah cuti, takde sekolah, takde kene leter, takde kene denda. Kerja sekolah - mungkin ada. Kita cuti dari persekitaran 'sekolah' dan 'belajar'. Namun, di sekolahlah kita mendapat bi'ah solehah yang mendidik kita untuk menjadi manusia yang lebih baik dan berguna. Pernahkah kita terfikir, kat rumah nanti, bolehkah aku istiqamah? Seperti apa yang aku amalkan kat Hira'?


 " Rasulullah s.a.w bersabda : Amalan yang paling disukai oleh Allah adalah amalan yang dilakukan secara istiqamah (terus-menerus) walaupun ianya sedikit." HR Bukhari & Muslim. 

 Bila jejak je kaki kat bumi Hira' ni, berkobar-kobar semangat kita untuk melakukan ibadah dan memantopkan amalan kita; solat sunat rawatib, qiam, solat dhuha, amar makruf, nahi mungkar. Okey, mungkin kita ni taklah sehebat orang yang menangis time qiam (bukan nak kata sesiapa), tapi walaupun kita ni hanya mampu buat amal seciput macam berzikir pun, apa salahnya kalau kita istiqamah walaupun kita kat rumah? Takkanlah kita dah cuti sekolah, kita cuti 'beramal' kot? *tepuk dahi*

 Yang paling penting, kita ikhlas kerana Allah. Kalau kita buat tapi hati, 'Aduh, mediahira' ni, cuti-cuti ni pun...aisshh', hoho meh kita renew our intentions. InsyaAllah, kome dapat pahala gak, bukan mediahira' yang dapat pahala sebab kome yang beramal. 

So, sungguhpun kita gi cuti ke New York pun, jangan abaikan amalan kita. Jangan pulak gi tempat moden, amalan kita pun ter'moden' sekali. Orang solat 5 minit, dia ekspres. Shiuhh..nampak bayang je. Ingat, kita beribadah kerana Allah, bukan sebab nak penuhkan tanggungjawab je. *senyum*

Kepada mereka yang mengikuti perkampungan ilmu...semoga berjaya. Jangan stres. Jangan down sebab cuti pendek. Kalau kome ikhlas, insyaAllah Allah akan menggantikan pengorbanan kome dengan benda yang lagi baik. Just do your very best, okay?
Pada mereka yang gi jalan-jalan, untunglah. Bersyukurlah kome dapat gi merata tempat. Bukan semua orang yang keluarga jenis outing nih.

And to all pelajar Hira' yang tercenta, selamat bercuti dan semoga istiqamah beramal. Moga kita dilindungi Allah dari segala maksiat terutamanya di web ni, dan moga kita terus diberkati oleh Allah hingga ke syurga nanti..Ameen~