Jom lawan nafsu, iyyaaah!!!
Bagaimana keadaan kita jika terlihat seekor lipan di hujug kaki tetapi kemudian terpandang seekor harimau tidak berapa jauh daripada kita? Apakah kita masih memikirkan bahaya lipan atau bahaya harimau. Ya, tentu sahaja kita akan berikhtiar untuk menyelamatkan diri daripada bahaya harimau. walaupun lipan dekat, tetapi gigitannya tidaklah seganas cengkaman harimau. Begitulah perumpamaan antara bahaya nafsu dengan bahaya-bahaya yang lain. mafsu yang akan menyebabkan kita lebih rasa menderita. bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat.
Malangnya, hal yang sepenting itu tidak dititik beratkan. kejahatan hawa nafsu, sifat-sifat dan kaedah melawannya hampir tidak pernah dibicarakan. padahal, nafsu itulah angkara segala kejahatan yang kita deritai kini. sebut sahaja, apa kejahatannya, pasti dalangnya adalan hawa nafsu.
Kita sibuk memperketat kawalan, disiplin dan undang-undang tetapi membiarkan puncanya berkembang subur dan membiak. Mampukah pagar yang rapuh mengawal binatang buas yang bilangannya kian banyak dan tenaganya semakin kuat? Begitulah bandingannya undang-undang ciptaan manusia dengan kejahatan hawa nafsu.
undang-undang walaupun sehebat manapun tidak akan berkesan jika nafsu tidak dijinakkan terlebih dahulu. Pgar itu akan diterjah dan rebah di[ijak dan diinjak menyebabkan kita terpaksa membina pagar demi pagar, berulang kali..
jom lawan nafsu!!

