Assalamualaikum!
pada bulan muharram terdapat beberapa perkara yang
disunatkan.. rugi tak buat!
1. puasa
#maksud
hadis, Barang siapa berpuasa satu hari
dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang
siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat
dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
2. banyakkan amal ibadat
# solat sunat,
zikir dan sebagainya
3. doa akhir tahun (akhir zulhijjah)
4. doa awal tahun (1 muharram)
pada hari asyura juga terdapat 14 perkara yang disunatkan
untuk kita sama-sama lakukan :)
-Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah
akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
-Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan
melapangkannya dalam kubur nanti.
-Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan
memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
-Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan
cahaya iman dalam hatinya.
-Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan
mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
-Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada
neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga
ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia
ini.
-Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan
mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
-Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada
tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah
Taala."
-Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
-Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali. Fadilatnya -
Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
-Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan
mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz
niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah
Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah
11 kali.
-Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala
seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
-Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari
Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji,
seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
jom kita puasa sama-sama!
rujukan:http://www.al-azim.com/
.jpg)


