Bagaimana keadaan kita jika terlihat seekor lipan di hujug kaki tetapi kemudian terpandang seekor harimau tidak berapa jauh daripada kita? Apakah kita masih memikirkan bahaya lipan atau bahaya harimau. Ya, tentu sahaja kita akan berikhtiar untuk menyelamatkan diri daripada bahaya harimau. walaupun lipan dekat, tetapi gigitannya tidaklah seganas cengkaman harimau. Begitulah perumpamaan antara bahaya nafsu dengan bahaya-bahaya yang lain. mafsu yang akan menyebabkan kita lebih rasa menderita. bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat.
Malangnya, hal yang sepenting itu tidak dititik beratkan. kejahatan hawa nafsu, sifat-sifat dan kaedah melawannya hampir tidak pernah dibicarakan. padahal, nafsu itulah angkara segala kejahatan yang kita deritai kini. sebut sahaja, apa kejahatannya, pasti dalangnya adalan hawa nafsu.
Kita sibuk memperketat kawalan, disiplin dan undang-undang tetapi membiarkan puncanya berkembang subur dan membiak. Mampukah pagar yang rapuh mengawal binatang buas yang bilangannya kian banyak dan tenaganya semakin kuat? Begitulah bandingannya undang-undang ciptaan manusia dengan kejahatan hawa nafsu.
undang-undang walaupun sehebat manapun tidak akan berkesan jika nafsu tidak dijinakkan terlebih dahulu. Pgar itu akan diterjah dan rebah di[ijak dan diinjak menyebabkan kita terpaksa membina pagar demi pagar, berulang kali..
pada bulan muharram terdapat beberapa perkara yang
disunatkan.. rugi tak buat!
1. puasa
#maksud
hadis, Barang siapa berpuasa satu hari
dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang
siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat
dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
2. banyakkan amal ibadat
# solat sunat,
zikir dan sebagainya
3. doa akhir tahun (akhir zulhijjah)
4. doa awal tahun (1 muharram)
pada hari asyura juga terdapat 14 perkara yang disunatkan
untuk kita sama-sama lakukan :)
-Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah
akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
-Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan
melapangkannya dalam kubur nanti.
-Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan
memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
-Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan
cahaya iman dalam hatinya.
-Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan
mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
-Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada
neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga
ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia
ini.
-Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan
mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
-Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada
tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah
Taala."
-Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
-Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali. Fadilatnya -
Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
-Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan
mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz
niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah
Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah
11 kali.
-Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala
seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
-Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari
Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji,
seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
Korban? Hari Raya Korban?Apa yang
kome fikir tentang Hari Raya Korban? Sembelih lembu? Makan sup gear box banyak? Tengok drama kebaboom? Itu pasti oosem kan??
Dan tentang Hari Raya Korban,seperti
biasa,kalian pasti tahu ia berlaku pada 10 Zulhijjah,kan?Ohoho,kalau antunna tanya
pada budak kecil yang berada di tepi jalan sambil menjilat lollipop,pasti dia
tahu juga! antunna hebat! dan pasti antunna tahu, hari raya korban, pagi tu,
mandi sunat hari raya, pastu pergi solat hari raya, lepas itu,khutbah raya…
Dan pasti pagi-pagi itu ummi kalian tanya, “Siti,hang dah mandi sunat hari raya belum??”
“Belum ummi, Siti terlupa!”
“Hang pi mandi balik!”
Nampak tak disitu, nak mendapat
sunnah nya di pagi hari raya! Eh,ada satu cerita yang osem, mungkin di kalangan kalian tahu,dan mungkin ada yang tak tahu… jadi semua shhh,senyap!
*krekkrek bunyi cengkerik*
begini,
asalnya hari raya korban ini berdasarkan cerita nabi Ibrahim,bapa
kita..whoah,nabi Ibrahim? Hape kona nya?
Haa, ia berlaku ketika Allah menurukan
wahyu kepada nabi Ibrahim di dalam mimpi supaya….
menyembelih anaknya,nabi Ismail!!!
Walaweh, dahsyat tuh! Kemudian,nabi
Ibrahim pun cuak lah,lepas itu baginda beritahu kepada isterinya,Hajar..
“Mungkin itu mainan tidur je bang..
tapi kalau itulah wahyu daripada Allah, kita patut turuti” Hajar juga sanggup
berkorban demi Allah… nabi Ismail pun setuju, mungkin semua itu ada hikmahnya..
Allah lah sebaik-baik Perancang..
Perkara itu sudah ditahu oleh orang ramai..
oh,yang pastinya mesti mereka menganggap nabi Ibrahim gila!
“Ada ke patut sembelih anak
sendiri!”
“Batalkan jelah niat hang tu!"
“Walau apepun cercaan mereka, aku
mesti laksanakan perintah Allah” nabi Ibrahim membulatkan tekad.
Kemudian,tibalah saat nabi Ibrahim
hendak menyembelih nabi Ismail.. yaAllah,seramnya!Nabi Ibrahim menyembelih nabi
Ismail dalam keadaan memakai penutup mata..Kemudian
Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah SWT perintahkan dalam
mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan
pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi
Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan
membuka penutup matanya…
alangkah terkejutnya! apa yang terkejutnya? ehehe,
jengjengjeng!
Seekor Qibash (spesis kambing)
nabi Ibrahim dan nabi Ismail pun
berpelukkan dan memuji Allah.. mana tak seronoknya,tak jadi nak sembelih.! kalaulahkan
perkara ini terjadi pada kita, nak ke kena sembelih?! nak ke? amacam mesti
fikir beribu kali en.
Dalam story inilah, kita nampak
disitu, ada je perintah Allah, mereka terus laksanakan. Takda nye tanya,"Kenapa?
Kena buat ke? Wajib ke? Mesti ke?Taknak buat boleh tak?"
Walaweh,banyak songeh
pulak. Setiap apa yang Allah perintahkan,mesti ada hikmahnya.. tengok, kan nabi
Ibrahim tak jadi nak sembelih anaknya,Allah Maha Penyayang. Cuma kite buta je..buta hati..
Nak berkorban itu susah, bukan
senang! Kalau ummi suruh tolong basuh baju, sedangkan time tu kita sedang
nangis bertisu-tisu layan cerita Korea tak pun Hindustan..susah en . Abah suruh
tolong basuh kereta sedangkan time tu tengah seronok main game angrybird stage
dh berpuluh-puluh dah.. waduh, susahnya berkorban!
Cer cari ayat quran yang ada
mengatakan, what you give you get back.. ada en...Kita buat kebaikan, Allah bagi
balasan syurga! Okey, memang sekarang kita cuba berkorban sesuatu, dan kita tak
nampak lagi apa faedah yang kita dapat..
Ayoyo, banyak woo faedahnya.. Kalau
kita nak faedahnya didunia memang tak tahan lama,sudah due date, tunggu di
akhirat! Allah dah sediakan macam-macam kat kite..
Iingat itu! Berkorbanlah, demi
mendapat perkara yang super osem di sana..memang pengorbanan itu susah,karna
kita manusia super! Olio! Mari beri manfaat kepada orang lain!
Bermanfaat kepada orang lain susah? Ya,tapi ia seronok! *senyum nampak gigi*
*jengjeng* Aha..inilah dia. Kemunculan yang mendebarkan hati, menaikkan bulu roma dan membeliakkan mata.*angkat kening sebelah*
Kami, ye kami, Badan Multimedia UKM (bukan universiti) telah bersepakat untuk mencipta sebuah belog yang owsem, bertarbiyyah dan sentap lagi menyentapkan khas untuk wargasekolah SMI dan MTQ Hira' dan kepada para khalifah dan abid di luar sana amnya.
Semoga dengan kemunculan ini, kita sama-sama mencapai tujuan yang satu yakni mardhatillah. Semoga Dia memberkati usaha ini , ameen~